Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati.Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.
Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
" Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala " |
Orang Islam yang mempunyai harta yang mahu memberi manfaat kepada yang berikut:
- Mempunyai cucu
- Anak Angkat
- Kawan baik
- Ahli keluarga bukan Islam
- Mempunyai anak yang bukan Islam daripada perkahwinan terdahulu
- Masjid
- Badan Amal
- Hospital
Jangan ragu-ragu. Hubungi kami dan kami akan membantu anda untuk menulis Wasiat anda mengikut hasrat anda dan syariah Islam.